Tuesday, May 18, 2010

Citrawarna 1 Malaysia 2010


Citrawarna atau Colours Of 1 Malaysia akan diadakan di Dataran Merdeka pada 22 Mei 2010.

Program ini menampilkan pelbagai jenis budaya di Malaysia dari tarian hingga makanan.

Ia diwujudkan untuk menarik banyak pelancong datang ke Malaysia dan merasai sendiri keunikan negara ini.


Terdapat pelbagai segmen termasuk 'Segmen Homestay (Pantai Timur)', ' Pulau dan Pantai', Tarian Cina(Tarian Kipas), Tarian India, Makanan dan Buah-buahan Tempatan dan banyak lagi.


Dan acara yang paling menarik ialah Dikir Barat Citrawarna kerana acara ini akan mencatat rekod Dikir Barat terbesar di Malaysia mungkin di dunia kerana ia disertai lebih 2,000 orang.

Kemudian, acara kemuncak ialah tarian Malaysia Truly Asia.


Citrawarna 1 Malaysia 2010